Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang cadangan berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sesi dialog kementerian itu bersama kumpulan fokus pada 12 sesi Dialog Belanjawan 2023.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata ia jelas menunjukkan pemahaman mereka terhadap pengeluaran KWSP hanyalah dilakukan semasa penularan COVID-19 sahaja.